Sabtu, 8 Jun 2013

TIMSS dan PISA

Salam sejahtera semua. Sebagai guru-guru sains dan matematik seharusnya mempunyai sedikit idea tentang TIMSS dan PISA ini.Kkalau masih belum tahu, saya akan bantu anda seba sedikit kerana saya bukan mahir tetapi mada sedikit maklumat yang boleh dikongsi bersama. TIMSS adalah singkatan bagi Trend In Mathematics and Science Study.
PISA pula singkatan dari Programmes International Students Assesments (Perancis).
Kedua-dua badan ini akan mengadakan ujian bagi pelajar-pelajar dari negara-negara yang menyertainya untuk menentukan tahap penguasaan Matematik dan Sains  serta bacaan mereka.
Negara kita telah menyertai TIMSS pada tahun 1999 lagi dan pelajar-pelajar kita telah pun menduduki peperiksaan yang diadakan sebanyak 4 kali yang mana peperiksaan tersebut dijalankan setiap 4 tahun. Dari prestasi yang diperolehi ternyata pelajar kita belum bersedia menghadapi peperiksaan tersebut kerana bentuk soalan dan tajuk yang diberikan adalah soalan berbentuk HOTS. Maka kita sebagai guru yang terlibat secara langsung dengan pelajar-pelajar diminta untuk melatih pelajar-pelajar kita supaya biasa dengan soalan berbentuk HOTS atau KBAT. Satu kelas pelajar yang dipilih adalah secara rawak  dari sekolah yang juga dipilih secara rawak. Pelajar yang terlibat buat masa ini ialah pelajar tingkatan 2.
Bagi PISA pula negara kita telah menyertainya pada tahun 2008. Begitu juga dengan TIMSS, PISA juga mengadakan peperiksaan kepada pelajar setiap 4 tahun. Cara pemilihan pelajar juga secara rawak untuk semua pelajar tingkatan 2 dari sekolah yang dipilih juga secara rawak. Bentuk soalan juga soalan HOTS atau KBAT.
Penglibatan Mal;aysia dalam kedua-dua badan ini adalah bagi mencapai salah satu aspirasi dalam PPPM iaitu meningkatkan kualiti standard antarabangsa.
Apa yang perlu kita lakukan? Melatih pelajar untuk membiasakan diri dengan soalan HOTS atau KBAT ini.  Menyediakan masa dalam PdP untuk perkara tersebut.
2 ujian ringkas akan diberikan oleh BPK untuk pelajar tingkatan 2 dalam bulan Jun dan Okt ini. Bentuk soalan dari TIMSS dan PISA boleh dicapai dengan melayari laman web BPK.
Dan dijangka nanti apabila KSSM dilancarkan, beberapa perubahan pada sukatan akan berlaku dalam mata pelajaran tertentu yang mungkin pelajar tingkatan 1 dan 2 akan belajar Kebarangkalian dalam tajuk matematik mereka.
Makanya guru harus sentiasa bersedia bagi menghadapi situasi yang berbeda nanti.
Bagi saya yang mengajar Matematik / MT ini,  bila meneliti bentuk soalan dan tajuk, saya rasa pencapaian pelajar kita rendah bukan disebabkan pelajar itu sendiri tetapi pendedahan yang kurang dan kemahiran yang tidak pernah diajar diperingkat menengah rendah kerana tajuk tersebut berada di menengah atas. Pelajar kita adalah antara pelajar yang hebat kalau kita memberi bahan ukur yang sesuai dan bertepatan dengan standard piawaian mereka ketika itu.

1 ulasan:

  1. terima kasih untuk info ini. sekarang dh masuk bulan jun. bila akan dibuat ujian TIMMS dan PISA.

    jemput ke blog saya
    http://pbssainsonline.blogspot.com/

    BalasPadam