Rabu, 23 April 2014

Strategi Penambahbaikan

Salam sejahtera,.
Para pelajar yang dihormati disini saya post satu strategi penambahbaikan  bagi membantu pelajar membaiki result yang diperolehi dalam Matematik Tambahan yang lalu.

Strategi  Penambahbaikan :






ÒKenalpasti format peperiksaan sebenar.

ÒKenalpasti topik yang meliputi soalan bagi kertas yang terlibat

ÒTetapkan ‘Target result’ untuk matapelajaran ini.

ÒTetapkan topik pilihandan ‘drill’ soalan bagi topik berkenaan berpandukan format peperiksaan.

ÒTingkatkan keyakinan

ÒBentukkan kumpulan perbincangan

ÒHadapi peperiksaan dengan tenang

ÒBERDOA dan bertawakal

Selepas ini InsyaAllah kita akan memulakan ulangkaji kita dalam Matematik Tambahan bermula tajuk tingkatan 4 sehingga tajuk tingkatan 5.

 


TEKNIK MEMAHAMI MATEMATIK DAN MATEMATIK TAMBAHAN SPM

Salam sejahtera. Kini kita telah tiba di penghujung bulan April 2014. Ujian 1 / Peperiksaan Awal Tahun  pasti dah berlalu. Cuba lihat result yang diperolehi dan cuba muhasabah diri. Bagi subjek Matematik dan Matematik Tambahan disini saya akan bagi sedikit tips untuk menguatkan pemahaman bagi kedua-dua matapelajaran tersebut cuma bagi Matematik Tambahan kesungguhan amat perlu. Pemilihan tajuk perlu dibuat berdasarkan kemahiran masing-masing. Bincang dengan guru masing-masing tentang kekuatan dan kelemahan diri masing-masing dan tentukan tajuk yang sesuai mengikut target result yang hendak dicapai.

 

TEKNIK MENAMBAH PEMAHAMAN TENTANG MATEMATIK TAMBAHAN DAN MATEMATIK :

  • Fahami konsep bagi suatu tajuk yang dipilih dan pemahaman bagi tajuk tersebut bermaksud pemahaman bagi setiap sub topik yang ada.
  • Fahami kaedah /teknik yang akan digunakan samada rumus atau langkah penyelesaian.
  • Fahami simbol dalam rumus dan penggunaannya
  • Mulakan latihan soalan asas dan mudah
  • Perlahan ke soalan bentuk peperiksaan