Rabu, 23 April 2014

Strategi Penambahbaikan

Salam sejahtera,.
Para pelajar yang dihormati disini saya post satu strategi penambahbaikan  bagi membantu pelajar membaiki result yang diperolehi dalam Matematik Tambahan yang lalu.

Strategi  Penambahbaikan :






ÒKenalpasti format peperiksaan sebenar.

ÒKenalpasti topik yang meliputi soalan bagi kertas yang terlibat

ÒTetapkan ‘Target result’ untuk matapelajaran ini.

ÒTetapkan topik pilihandan ‘drill’ soalan bagi topik berkenaan berpandukan format peperiksaan.

ÒTingkatkan keyakinan

ÒBentukkan kumpulan perbincangan

ÒHadapi peperiksaan dengan tenang

ÒBERDOA dan bertawakal

Selepas ini InsyaAllah kita akan memulakan ulangkaji kita dalam Matematik Tambahan bermula tajuk tingkatan 4 sehingga tajuk tingkatan 5.

 


TEKNIK MEMAHAMI MATEMATIK DAN MATEMATIK TAMBAHAN SPM

Salam sejahtera. Kini kita telah tiba di penghujung bulan April 2014. Ujian 1 / Peperiksaan Awal Tahun  pasti dah berlalu. Cuba lihat result yang diperolehi dan cuba muhasabah diri. Bagi subjek Matematik dan Matematik Tambahan disini saya akan bagi sedikit tips untuk menguatkan pemahaman bagi kedua-dua matapelajaran tersebut cuma bagi Matematik Tambahan kesungguhan amat perlu. Pemilihan tajuk perlu dibuat berdasarkan kemahiran masing-masing. Bincang dengan guru masing-masing tentang kekuatan dan kelemahan diri masing-masing dan tentukan tajuk yang sesuai mengikut target result yang hendak dicapai.

 

TEKNIK MENAMBAH PEMAHAMAN TENTANG MATEMATIK TAMBAHAN DAN MATEMATIK :

  • Fahami konsep bagi suatu tajuk yang dipilih dan pemahaman bagi tajuk tersebut bermaksud pemahaman bagi setiap sub topik yang ada.
  • Fahami kaedah /teknik yang akan digunakan samada rumus atau langkah penyelesaian.
  • Fahami simbol dalam rumus dan penggunaannya
  • Mulakan latihan soalan asas dan mudah
  • Perlahan ke soalan bentuk peperiksaan 

Rabu, 21 Ogos 2013

Ahad, 18 Ogos 2013

Kamiran bhgn 1 /integration part 1

Untuk makluman semua , pelajar tingkatan 5 boleh menggunakan ini sebagai ulangkaji bagi tajuk kamiran/integration.

Khamis, 25 Julai 2013

RAMADAN DAH DI PERTENGAHAN

Tut...tut Ramadan dah dipertengahan. Lepas raya dah trial. Tahun ni rasa pantas sgt masa. Smoga semua akan mendapat  kebaikan dan kejayaan dalam Ramadan kali ini.

Ahad, 16 Jun 2013

JUN DI PENGHUJUNG

Pejam celik-pejam celik, jun dah dipenghujung. Julai dah nak jengah dengan iringan Ramadhan menyapa. Sekejap saja rasanya tahun ni, Percubaan PMR dan Percubaan SPM 'just around the corner'. Pada pelajar yang terlibat masa sekarang merupakan masa untuk anda memulakan pecutan dengan kelajuan yang mantap. Bagi para guru spatutnya dah slow down sukatan, dan mungkin dah sampai dihentian untuk sukatan yang perlu dikuasai oleh pelajar anda.
Pada peringkat daerah dan sekolah  pula beberapa program perlu disusun agar dapat memanfaatkan masa yang tinggal ini untuk memantapkan pelajar.
Saya juga ada sedikit bahan untuk dikomgsi bersama semua bagi MT SPM, yang akan saya upload dalam blog saya selepas program kami nanti. Pelajar dan guru bolehlah mendapatkan modul tersebut dari blog saya ini.
Semoga segala usaha kita sebagai pendidik dapat membantu pelajar kita disamping meningkatkan kualiti prestasi PMR dan SPM nanti.

Sabtu, 8 Jun 2013

TIMSS dan PISA

Salam sejahtera semua. Sebagai guru-guru sains dan matematik seharusnya mempunyai sedikit idea tentang TIMSS dan PISA ini.Kkalau masih belum tahu, saya akan bantu anda seba sedikit kerana saya bukan mahir tetapi mada sedikit maklumat yang boleh dikongsi bersama. TIMSS adalah singkatan bagi Trend In Mathematics and Science Study.
PISA pula singkatan dari Programmes International Students Assesments (Perancis).
Kedua-dua badan ini akan mengadakan ujian bagi pelajar-pelajar dari negara-negara yang menyertainya untuk menentukan tahap penguasaan Matematik dan Sains  serta bacaan mereka.
Negara kita telah menyertai TIMSS pada tahun 1999 lagi dan pelajar-pelajar kita telah pun menduduki peperiksaan yang diadakan sebanyak 4 kali yang mana peperiksaan tersebut dijalankan setiap 4 tahun. Dari prestasi yang diperolehi ternyata pelajar kita belum bersedia menghadapi peperiksaan tersebut kerana bentuk soalan dan tajuk yang diberikan adalah soalan berbentuk HOTS. Maka kita sebagai guru yang terlibat secara langsung dengan pelajar-pelajar diminta untuk melatih pelajar-pelajar kita supaya biasa dengan soalan berbentuk HOTS atau KBAT. Satu kelas pelajar yang dipilih adalah secara rawak  dari sekolah yang juga dipilih secara rawak. Pelajar yang terlibat buat masa ini ialah pelajar tingkatan 2.
Bagi PISA pula negara kita telah menyertainya pada tahun 2008. Begitu juga dengan TIMSS, PISA juga mengadakan peperiksaan kepada pelajar setiap 4 tahun. Cara pemilihan pelajar juga secara rawak untuk semua pelajar tingkatan 2 dari sekolah yang dipilih juga secara rawak. Bentuk soalan juga soalan HOTS atau KBAT.
Penglibatan Mal;aysia dalam kedua-dua badan ini adalah bagi mencapai salah satu aspirasi dalam PPPM iaitu meningkatkan kualiti standard antarabangsa.
Apa yang perlu kita lakukan? Melatih pelajar untuk membiasakan diri dengan soalan HOTS atau KBAT ini.  Menyediakan masa dalam PdP untuk perkara tersebut.
2 ujian ringkas akan diberikan oleh BPK untuk pelajar tingkatan 2 dalam bulan Jun dan Okt ini. Bentuk soalan dari TIMSS dan PISA boleh dicapai dengan melayari laman web BPK.
Dan dijangka nanti apabila KSSM dilancarkan, beberapa perubahan pada sukatan akan berlaku dalam mata pelajaran tertentu yang mungkin pelajar tingkatan 1 dan 2 akan belajar Kebarangkalian dalam tajuk matematik mereka.
Makanya guru harus sentiasa bersedia bagi menghadapi situasi yang berbeda nanti.
Bagi saya yang mengajar Matematik / MT ini,  bila meneliti bentuk soalan dan tajuk, saya rasa pencapaian pelajar kita rendah bukan disebabkan pelajar itu sendiri tetapi pendedahan yang kurang dan kemahiran yang tidak pernah diajar diperingkat menengah rendah kerana tajuk tersebut berada di menengah atas. Pelajar kita adalah antara pelajar yang hebat kalau kita memberi bahan ukur yang sesuai dan bertepatan dengan standard piawaian mereka ketika itu.