Ahad, 19 Mei 2013

16 Mei

Salam sejahtera dan salam perkenalan kepada semua pembaca.
Selamat Hari Guru buat semua pendidik seluruh Malaysia. Saya cikgu Na dari SMK Mahang ingin mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan blog saya yang baru. Blog Algorithm.com. Sebenarnya telah lama saya memikirkan untuk membuat blog sendiri, maklumlah dengan pengetahuan komputer yang paras buku lali, saya terpaksa berdikit-dikit untuk membina  blog ini. Alhamdulillah saya akhirnya berjaya walaupun hasilnya mungkin agak kurang memuaskan tetapi saya berharap akan dapat memperbaikinya dan akan dapat membina satu blog yang bukan sahaja cantik dipandang malah mempunyai nilai dan isi yang dapat memebantu pelajar saya dan semua pelajar diluar sana terutama bagi yang bakal menduduki SPM bagi subjek Matematik dan Matematik Tambahan.
Sekali lagi saya rasa masih belum terlewat untuk mengucapkan 'Selamat Hari Guru ' kepada semua pendidik di Malaysia.
Bila saya memandang pada diri saya kadang-kadang terasa terlalu kecil sumbangan yang saya berikan pada pelajar saya berbanding dengan kesungguhan pelajar bertungkus lumus menjayakan Hari Guru peringkat sekolah. Tahniah saya ucapka  untuk semua pelajar saya yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis tersebut.
Menjadi seorang guru yang juga pendidik, bagi saya bukanlah suatu yang mudah. dengan output kita iaitu 'manusia', sesungguhnya hanya dengan kesabaran yang tinggi sahaja  kita akan memperolehi output yang cukup sempurna. Semoga dengan kehadiran 16 Mei 2013, kita dapat memperlengkapkan lagi diri bagi menghadapi pelbagai cabaran dunia bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang juga warganegara yang terbilang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan