Isnin, 20 Mei 2013

Format Kertas Matematik Tambahan SPM (3472)



Matematik Tambahan adalah satu subjek yang dikatakan sebagai 'killer' subjek bagi segolongan besar pelajar yang mengambilnya. Sehubungan itu saya akan cuba membantu pelajar semua agar subjek yang dianggap 'killer' ini akan menjadi lebih 'friendly' untuk pelajar-pelajar. Sebagai permulaan saya akan memperjelaskan tentang format kertas Matematik Tambahan SPM untuk panduan pembaca dan pelajar semua. Mulai tahun 2003 format kertas SPM dibahagikan pada 2 kertas iaitu Kertas 1 (3742/1) dan Kertas 2.(3742/2)
Kertas 1 mengandungi 25 soalan pendek yang perlukan penyelesaian diruangan jawapan yang disediakan. Semua soalan adalah wajib dijawab oleh calon. Calon dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik dan sebahagian rumus dibekalkan untuk kemudahan pelajar.
Kertas 2 pula mengandungi 15 soalan yang terdiri dari aras rendah sehingga aras tinggi. Kertas ini terbahagi kepada 3 bahagian iaiatu Bahagian A yang terdiri daripada soalan no 1 sehingga no 6 (wajib dijawab semua), Bahagian B terdiri daripada soalan no 7 hingga no 11 (perlu jawab 4 soalan sahaja) dan bahagian C yang terdiri dari soalan no 12 hingga no 15 (perlu jawab 2 soalan sahaja), Namun begitu pelajar tidak dilarang untuk menjawab semua soalan jika mampu dan dapat mengatur masa dengan betul. Pihak pemeriksa akan mengambil kira markah yang terbaik sahaja dari soalan yang dijawab. Contohnya jika calon menjawab semua soalan di Bahagian B maka pemeriksa akan memilih 4 soalan yang mendapat markah terbaik untuk pengiraan markah keseluruhan. Seperti Kertas 1 penggunaan kalkulator dibenarkan dan sebahagian  rumus disediakan untuk pelajar.
Masa yang diperuntukkan ialah bagi Kertas 1(25 soalan) - 2 jam. Bagi Kertas 2 (12 soalan yang perlu dijawab) - 2jam 30 minit.
Markah yang diperuntukkan pula, bagi Kertas 1, setiap soalan akan diperuntukkan 2-4 markah bergantung kepada aras soalan dan jumlah markah keseluruhan ialah 80 markah.
Markah yang diperuntukkan untuk kertas 2 pula ialah bagi Bahgian A 5-7 markah diperuntukkan untuk setiap soalan yang akan mengumpul jumlah markah Bahagian A ialah 40 markah, bagi Bahagian B dan Bahagian C setiap solan diperuntukkan 10 markah yang membawa kepada keseluruhan markah Bahagian B dan Bahagian C ialah 60 markah (jika menjawab ikut jumlah arahan soalan yang perlu dijawab). Maka jumlah keseluruhan Kertas 2 ialah 100 markah. Bagaimana penggiraan markah untuk markah sebenar dan greding markah diuruskan oleh pihak LPM (Lembaga Peperiksaan Malaysia)

Berpandukan dengan masa yang diperuntukkan dan jumlah markah, saya menyarankan semua pelajar mengagihkan masa untuk setiap soaaln berpandukan markah soalan tersebut. 1 markah : 1.5 minit. Maksudnya disini, jika soalan itu diperuntukkan 3 markah maka masa tumpuan pelajar pada soalan tersebut maksimumnya ialah 4.5 minit. Jika markah diperuntukkan 10 markah maka masa maksimum untuk menjawab soalan tersebut ialah 15 minit. Jika pelajar dapat menyiapkan soalan lebih awal maka berpindahlah ke soalan seterusnya dan pastikan jangan lupa masa untuk semakan perlu ada.Seterusnya nanti saya akan beri serba sedikit teknik menjawab soalan bagi Kertas Matematik Tambahan SPM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan