Selasa, 21 Mei 2013

Format Kertas Matematik SPM (1449)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini saya akan menerangkan secara ringkas tentang format Kertas Matematik SPM(1449) . Format baru ini bermula tahun 2003. Matematik SPM terbahagi kepada 2 kertas juga iaitu Kertas 1 (1449/1) dan Kertas 2 (1449/1). 
Kertas 1 terdiri dari 40 soalan objektif yang wajib dijawab yang merengkumi tajuk tingkataan 3- tingkatan 5. Calon dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik mudah dan sebahagian rumus diberikan dalam kertas soalan. Markah yang diperuntukkan ialah 1 markah setiap soalan dan akan menghasilkan jumlah markah kertas 1 ialah 40 markah.
Bagi Kertas 2 pula terdiri daripada 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. 
Bahagian A terdiri dari 11 soalan wajib yang merangkumi tajuk dari Tingkatan 3 - tingkatan 5. setiap soalan diberikan markah 4 - 6 markah dan jumlah markah bagi bahagian A ialah 52 markah, sementara bagi Bahagian B pula terdiri daripada 5 soalan (perlu jawab 4 soalan sahaja) merangkumi tajuk tingkatan 4 dan ting 5 sahaja. Setiap soalan diperuntukkan markah 12 markah yang akan menghasilkan jumlah keseluruhan Bahagian B ialah 48 markah (jika menjawab soalan yang perlu dijawab). Calon tidak dilarang untuk menjawab semua soalan di Bahagian B kerana pemeriksa akan menyemak semua soalan yang dijawab. Pemeriksa akan bertanggungjawab memilih 4 soalan yang markah tertinggi sebagai jumlah markah keseluruhan.
Calon dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik mudah dan seperti Kertas 1, sebahagian rumus disediakan untuk calon.
Masa 1 jam 15 minit diperuntukkan untuk Kertas 1. Calon disarankan menggunakan masa yang sesuai bagi setiap soalan. Dianggarkan maksimum masa bagi setiap soalan ialah 1.5 minit, baki masa boleh digunakan untuk menyemak jawapan.
Masa 2 jam 30 minit diperuntukkan untuk Kertas 2, dan disarankan maksimum masa diperuntukkan bekadaran dengan markah. 1 markah : 1.5 minit. Contohnya saoalan no 12, markah diberikan ialah 12 markah maka masa yang diperuntukkan maksimum ialah 18 minit untuk soalan tersebut. Jangan lupa masa perlu diluangkan sedikit untuk semakan.
Jumlah keseluruhan markah Kertas 1 dan Kertas 2 ialah 140 markah. Penggiraan markah dan greding markah ditentukan oleh LPM.
Itulah serba sedikit gambaran format Matematik SPM.
Seterusnya nanti saya akan memberi sedikit tips untuk menjawab soalan Matematik SPM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan