Rabu, 22 Mei 2013

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya rasa kebanyakan sekolah telah menamatkan peperiksaan pertengahan tahun bagi tahun ini. Minggu depan sekolah akan bercuti selama 2 minggu. Bagi pelajar yang tidak menghadapi apa-apa periksaan yang besar tahun ini, cuti ini sepatutnya tidak dijadikan masa untuk bersantai dan langsung tidak memikirkan tentang pelajaran, namun ianya seharusnya dijadikan tapak untuk awak memulakan ulangkaji bagi membetulkan dan mengukuhkan kefahaman bagi subjek-subjek tertentu dan tajuk-tajuk tertentu. Pelajar boleh membentuk kumpulan perbincangan dan boleh berkumpul sekali sekali dalam dua minggu ini bagi mencambahkan idea supaya kekusutan tentang suatu tajuk dalam suatu subjek diungkaikan juga sebagai persediaan tajuk baru semasa sekolah dibuka nanti. Ini bukan bermakna pelajar ini tidak boleh langsung berehat, namun perlu diingatkan pelajar yang berjaya sangat perlu mengetahui bagaimna mengatur masa dengan baik. Ini perlu agar masa yang kita miliki kini tak terbuang begitu sahaja. Jadikan kebolehan awak menjawab soalan dalam Peperiksaan Pertangahan Tahun ini sebagai panduan atau gambaran bagi awak tentang tajuk atau subjek yang sukar bagi awak.
Bagi pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan yang besar samada PMR atau SPM, ternyata kini masa semakin pantas. Lakukan sesuatau bagi memuhasabah diri dimana anda semua berada sekarang. Dengan masa yang tinggal yang disifatkan sebagai 'just around the corner', cuti ini bukan masa untuk awak mencari-cari lagi kekuatan awak tetapi cuti ini perlu dijadikan masa untuk mengukuhkan kekuatan awak. Peperiksaan Pertengahn Tahun ini perlu dijadikan landasan yang jelas bagi awak tentang kedudukan awak. Jika awak menghadapi masalah maka cepat-cepatlah rujuk pada guru yang sentiasa akan membantu. Saya pasti cuti ini anda semua akan sibuk dengan kelas tambahan, tuisyen dan latihan masa cuti. Susunlah jadual anda agar anda dapat melaksanakannya dengan baik dan dapat memberi kesan yang positif untuk awak. Jangan anggap semua ini adalah bebanan, tetapi anggaplah semua ini sebagai bekalan-bekalan untuk anda berjuang di medan peperiksaan nanti, terutama bagi pelajar SPM yang merupakan penentu bagi anda apa yang akan berlaku pada anda 5 tahun nanti. Jangan buang masa, muhasabah diri setiap subjek yang anda daftar untuk SPM. Bagi calon PMR anda mempunyai lebih kurang sebulan lagi sebelum Percubaan PMR, bagi calon SPM anda mempunyai lebih kurang 2 bulan lagi untuk menghadapi Percubaan SPM. Jangan panik...Jangan stress....Berfikiran positiflah  kerana saya pasti guru anda akan sentiasa bersedia untuk membantu jika itu kemahuan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan